fbpx

Imam mengaku bersalah pukul isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh bertemu dengan isterinya yang juga mangsa selepas membayar denda di Mahkamah Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang imam didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Temerloh di sini selepas didapati bersalah memukul isterinya di sebuah pusat tahfiz di Bera, Isnin lalu.

Tertuduh, Mhd Khusni Selamat, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tei Pei Si.

Difahamkan pasangan berkenaan juga telah bercerai talak tiga selepas tertuduh melafazkan jatuh talak sekiranya mangsa yang merupakan isteri kedua membuat laporan polis.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa di sebuah Maahad Tahfiz di Felda Bukit Mendi, Bera kira-kira pukul 7.30 malam, Isnin lalu.

Susulan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif meminta mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya ke atas tertuduh atas faktor kepentingan awam dan keseriusan kes.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya membayar denda dan dibebaskan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI