fbpx

APMM cekup lapan lelaki, rampas 80 bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang ditangkap selepas menggunakan bubu naga menangkap hasil laut di Tanjung Karang.

KLANG – Penyamaran anggota Maritim Malaysia (APMM) sebagai nelayan ternyata membuahkan hasil apabila menahan empat bot dan merampas 80 set bubu naga pada kedudukan kira-kira 1 batu nautika barat daya Sungai Tengkorak, Tanjung Karang semalam.

Turut ditahan dalam Op Ehsan selama empat jam bermula 6 pagi itu adalah sembilan lelaki berusia 20 hingga 50 tahun.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, semasa penyamaran didapati sembilan lelaki di empat buah bot itu sedang melakukan aktiviti perikanan secara mencurigakan.

Katanya, kesemua bot ini sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan bubu naga.

“Setiap bot memuatkan kira-kira 20 set bubu naga dan kesemua dirampas dengan anggaran nilai RM6,400.

“Sembilan lelaki yang ditahan termasuk enam warga Myanmar dan seorang warga Indonesia dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.

Tambah Mohammad Rosli, kesemua bot, kru dan peralatan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI