fbpx

Dijel 18 bulan terima telefon bimbit rompakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Padah menerima sebuah telefon bimbit yang merupakan hasil rompakan, seorang mekanik dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Izralizam Sanusi menjatuhi hukuman itu terhadap Ibnu Sina Idris, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menerima secara tidak jujur sebuah telefon bimbit Realme, milik seorang pengurus bangunan berusia 63 tahun yang mana tertuduh mengetahui atau ada sebab munasabah untuk mempercayai bahawa barang tersebut adalah hasil rompak berkumpulan.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah, Kampung Tengah Batu 6 1/4, Jalan Gombak di sini, pukul 5 petang pada 26 Mac lalu yang didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan mencadangkan tertuduh menerima hukuman setimpal sebagai pengajaran, dengan mengambil kira keseriusan kes dan kerugian yang ditanggung oleh mangsa.

Bagaimanapun, Ibnu Sina yang tidak diwakili peguam, merayu agar diberi hukuman ringan kerana menyesal dengan perbuatan tersebut. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI