fbpx

Bekalan makanan stabil dan mencukupi – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemantauan barangan keperluan asas serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan dalam negara stabil dan mencukupi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNHEP telah membuat 755 pemantauan harian meliputi 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada 593 peruncit, 131 pemborong dan 31 pengilang semalam.

KPDNHEP turut melakukan 2,070 pemeriksaan khas dan mendapati semua premis mematuhi operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, seramai 478 warga asing telah menjalani ujian saringan wajib semalam dan tiga daripada mereka didapati positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 686,615 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 35,415 majikan.

“Seramai 10,226 orang telah disahkan positif Covid daripada jumlah keseuruhan tersebut manakala 676,389 lagi adalah negatif,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Ismail berkata, sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini sejajar dengan arahan mewajibkan ujian saringan Covid-19 kepada semua pekerja asing bermula 1 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI