fbpx

Maut dirempuh lori pasir tiba-tiba mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motisikal Yamaha Lagenda dinaiki Mohd Sofian yang dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir yang tiba-tiba mengundur di Kampung Binjai di Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda dinaikinya dirempuh oleh sebuah lori muatan pasir yang tiba-tiba berundur selepas melalui laluan berbukit di Kampung Binjai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, Mohd. Sofian Nurudin, 52, yang berasal dari Kampung Tok Gebok, Ajil, Hulu Terengganu mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Mohd. Sofian yang bekerja sendiri meninggal dunia tidak lama selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Dungun di sini.

“Kejadian dikatakan berlaku selepas pemandu lori membawa muatan pasir tidak dapat mengawal kenderaannya sewaktu melalui laluan berbukit berhampiran sebuah ladang getah di Kampung Binjai.

“Lori itu kemudiannya mengundur sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha Lagenda dinaiki mangsa yang berada di belakangnya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, pemandu lori berusia 35 tahun yang berasal dari Kampung Pulau Serai di sini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat Mohd. Sofian telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI