fbpx

Masjid di Makassar tidak pernah ada jemaah wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid As’said yang terletak di Makassar, Sulawesi Selatan hanya membudayakan jemaah lelaki. – Suara Sulsel.com

JAKARTA – Sebuah masjid di Makassar, Indonesia dikatakan tidak pernah mempunyai jemaah wanita sejak masjid tersebut dibina pada tahun 1907, lapor potal berita Suara.com semalam.

Masjid As’said yang terletak di Pecinan, wilayah Sulawesi Selatan itu dikhususkan untuk jemaah lelaki tidak kira sama ada untuk ibadah solat fardu mahupun solat sunat tarawih semasa bulan Ramadan.

Menurut wakil pengurusan Masjid As’said, Habib Ali Abdullah, alasan mengapa tiada jemaah wanita adalah kerana ia merupakan budaya yang diterapkan sejak dahulu lagi.

Pihak pengurusan, kata beliau, menjadikan hadis Nabi Muhammad SAW bahawa wanita sebaik-baiknya solat di rumah sebagai rujukan melibatkan penggunaan masjid.

“Orang-orang tua dahulu mengikut hadis Rasulullah bahawa kaum wanita lebih manis dan afdal kalau solat di rumah sahaja,” katanya,

Tambah Habib, jika ada pasangan suami isteri yang mahu menunaikan solat di sini, suami akan menghantar isterinya solat di Masjid Raya yang terletak berdekatan sebelum dia ke Masjid As’said untuk berjemaah.

“Ada juga beberapa kali kumpulan jemaah wanita datang untuk menunaikan solat di sini tetapi apabila mereka melihat tiada jemaah wanita lain, mereka memilih untuk pulang,” jelas Habib.

Namun begitu, Habib memberitahu bahawa pihak masjid sentiasa menyediakan kelengkapan dan ruang solat buat jemaah wanita terutama bagi musafir yang singgah untuk menumpang solat.

“Kebanyakan penduduk tempatan menghormati budaya jemaah lelaki sahaja di Masjid As’said dan ia dibuat tanpa paksaan. Kebiasaannya, wanita yang datang adalah musafir,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI