fbpx
Anggota forensik menjalankan siasatan terhadap mayat seorang wanita yang dijumpai dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Kampung Kubang Getah, Ketereh dekat Kota Bharu tengah malam tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Wanita dijumpai maut dengan kesan tikaman di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Mayat seorang wanita ditemukan dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Kampung Kubang Getah, Ketereh di sini tengah malam tadi.

Wanita berusia lingkungan 20-an itu dijumpai oleh awam ketika melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Saksi yang berusia lingkungan 30-an berkata, dia pada mulanya mengesyaki wanita itu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, dia cuba mencari motosikal atau kereta di kawasan berkenaan, namun tiada.

“Saya terkejut selepas melihat mangsa berlumuran darah pada anggota badan. Saya terus menghubungi pihak polis memaklumkan berhubung penemuan mayat seorang wanita di tepi jalan berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN