fbpx

Tiga lelaki ditahan, mercun bernilai RM92,160 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kotak megandungi pelbagai mercun yang dirampas dalam serbuan di Jalan Saleng, Kampung Baru, Senai, Kulai, Johor petang semalam.

JOHOR BAHRU – Cubaan tiga lelaki tempatan menyeludup pelbagai jenis mercun bernilai RM92,160 tidak berhasil apabila mereka ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah premis di Jalan Saleng, Kampung Baru, Senai semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Dimin Awang berkata, serbuan itu dijalankan pada pukul 2.30 petang.

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia antara 30 hingga 47 tahun.

“Dalam operasi berkenaan, polis telah merampas 114 kotak berisi mercun pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM92,160.

“Turut dirampas dalam operasi itu termasuklah sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz dan sebuah lori jenis Isuzu Hicom yang dipercayai digunakan sindiket terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, anggaran nilai keseluruhan rampasan melibatkan mercun dan kenderaan adalah RM222,160.

“Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207),” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI