fbpx

Bayaran saman JPJ cecah RM40,000 dalam dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur di luar ibu pejabat JPJ Selangor, Shah Alam bagi membayar saman.

SHAH ALAM- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM39,426 dalam tempoh dua hari susulan pemberian diskaun 70 peratus bermula kelmarin.

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md. Taib berkata, orang awam mengambil kesempatan daripada diskaun yang diberikan JPJ bersempena ulang tahun ke-75 jabatan tersebut, tahun ini.

“Pada hari pertama sahaja didapati sebanyak 258 pelanggan membayar saman di kaunter JPJ ibu pejabat Selangor dengan bayaran saman bernilai RM17,454.

“Semalam pula, sejumlah RM21,972 berjaya dikutip daripada 227 pelanggan yang hadir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, antara saman yang dibayar orang awam seperti melanggar lampu isyarat, lori membawa lebih muatan dan lain-lain lagi.

Nazli berharap orang ramai merebut tawaran berkenaan sebelum tempoh diskaun tamat pada 13 Jun, lebih-lebih lagi kepada pengguna jalan raya yang mempunyai banyak saman.

“Mereka boleh membayar saman di kaunter lima cawangan seluruh negeri termasuk di pejabat JPJ Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, Shah Alam atau secara talian,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, diskaun itu membabitkan sejumlah 3.5 juta notis saman dan kompaun yang masih aktif sejak 2010 sehingga kini.

Jelas beliau, tawaran diskaun itu diberikan bagi semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuat kuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI