fbpx

Kakitangan kerajaan Thailand dinasihat kembali bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan kerajaan Thailand dinasihat kembali bekerja dari rumah berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19. -The Nation

BANGKOK – Kakitangan kerajaan Thailand telah dinasihatkan untuk bekerja dari rumah selepas cuti umum Perayaan Songkran dalam usaha untuk membendung jangkitan Covid-19, demikian kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara, Jeneral Nattapon Nakpanich dalam surat pekeliling yang ditujukan kepada pelbagai agensi kerajaan.

Dalam suratnya, Nattapon menyatakan bahawa terdapat beberapa ratus kes positif Covid-19 yang disahkan setiap hari dengan tempat hiburan menjadi tempat tumpuan ramai, lapor akhbar The Nation, hari ini.

Virus itu juga dipercayai mula tersebar dalam kalangan pelajar yang berkumpul beramai-ramai untuk meraikan cuti semester.

Beliau menambah bahawa agensi kerajaan perlu mematuhi langkah-langkah protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh kabinet sejak 17 Mac lalu dan meminimumkan jumlah pekerja di pejabat, mengatur mesyuarat secara online untuk mengelakkan kontak rapat dan mengurangkan risiko jangkitan.

Menerusi surat itu juga, Nattapon menetapkan bahawa arahan bekerja dari rumah sah digunakan sehingga 30 April. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI