fbpx

Berita Kelantan bakal laksana PKP tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan bahawa berita mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di negeri ini seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan Covid-19 di negeri ini boleh dirujuk kepada laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu klip audio suara seorang lelaki berdurasi 3 minit 18 saat menerusi aplikasi WhatApps yang mengatakan bahawa PKP akan dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April ini.

Shafien berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki yang membuat rakaman audio tersebut untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengambil tindakan tegas jika terdapat perlakuan kesalahan mengikut Peruntukan Undang-Undang Dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI