fbpx

Sempena Ramadan, Nonny minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nonny Nadirah

PETALING JAYA – Selepas mencetuskan 1,001 tanda tanya tentang penampilannya, pelakon Nonny Nadirah tampil memohon maaf di atas semua kesalahan yang pernah dilakukannya.

Permohonan maaf tersebut dimuat naik Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 32, dalam satu hantaran InstaStorynya malam tadi.

Menurut bekas peserta Akademi Fantasia itu, dia mengakui amat merindui semua pihak dan memohon maaf untuk segala kesalahan yang dilakukannya.

Tangkap layar permohonan maaf Nonny yang dimuat naik dalam InstaStorynya malam tadi.

“Saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun tersembunyi. Doakan yang terbaik untuk saya.

“Sesungguhnya saya sayang semua kerana Allah SWT. Keluarga, sahabat dan peminat, maaf dan terima kasih untuk segala-galanya,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, bekas teman wanita pelakon Niezam Zaidi itu turut menegaskan dia tetap dengan pendirian untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang segala isu berkaitan dirinya.

Malah, dalam perkongsin teraebut, dia juga berkali-kali memohon maaf kepada semua pihak.

“Saya tak mahu komen apa-apa, hanya Allah SWT yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf,” ujarnya.

Nonny juga menjelaskan segala keburukan dilakukannya adalah berpunca daripada dirinya serta memberitahu setiap manusia melalui dugaan hidup yang berlainan.

“Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya daripada Allah SWT manakala yang tidak elok itu daripada saya.

“Setiap individu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang anda semua katakan, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sayang semua dan selamat berpuasa,” katanya lagi.

Untuk rekod, nama Nonny menjadi bahan bualan ramai selepas membuat kejutan memuat naik sekeping foto seorang wanita berpakaian seksi dalam Instgramnya.

Malah, tidak lama kemudian, dia juga memut naik memaparkan seorang wanita yang dipercayai dirinya sedang berendam dalam sebuah kolah air.

Sehingga hari ini, usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripadanya berhubung isu tersebut gagal selepas dia tidak menjawab mahupun membalas mesej yang dihantar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI