fbpx

PCCS meterai perjanjian untuk bangunkan syarikat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – PCCS Group Bhd. (PCCS) telah memeterai perjanjian pegangan saham dengan  See Kok Wah, bertujuan untuk membangun dan mengoperasikan perniagaan insurans dan pembiayaan kenderaan empat  roda terpakai.

Syarikat usaha sama itu akan dikenali sebagai Southern Auto Capital Sdn. Bhd., yang akan mula beroperasi pada 1 Mei ini memiliki perniagaan terasnya dalam bidang insurans dan pembiayaan kenderaan dengan memfokuskan di negeri Melaka dan Johor.

Menurut Pengerusi PCCS, Chan Choo Sing, syarikat akan memegang 80 kepentingan dalam syarikat usaha sama itu manakala bakinya dimiliki oleh Kok Wah.

Selaini tu, Choo Sing juga akan melabur sebanyak RM4 juta untuk perniagaan  tersebut.

“Kami rasa mengalu-alukan kehadiran Kok Wah di dalam  syarikat usaha sama ini. Melalui pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang automotif, kami yakin beliau akan dapat membawa syarikat baharu ini ke arah hala tuju yang baik dan menguntungkan pada masa depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI