fbpx

Monaco mampu cipta kejutan terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEDDER.

MONACO – AS Monaco terus menghidupkan peluang memburu slot ke pentas Liga Juara-Juara musim depan selepas menang 3-0 ke atas Dijon menerusi dua gol Wissam Ben Yedder dan satu daripada Stevan Jovetic pada aksi Ligue 1 di Stade Louis II kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan Monaco menghuni tangga ketiga dengan 65 mata selepas 32 perlawanan, satu mata mengatasi Lyon di tempat keempat yang turut mengejar kedudukan itu kerana ia adalah slot kelayakan terakhir Liga Juara-Juara.

Monaco dan Lyon bukan sahaja bersaing merebut tempat ke pentas Eropah, sebaliknya kedua-dua pasukan itu masih berpeluang menjuarai gelaran liga musim ini.

Sebagai rekod, Lille mendahului carta liga dengan 69 mata, manakala juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) pula ketika ini menduduki tangga kedua menerusi jumlah 66 mata.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Monaco, Niko Kovac enggan terlalu teruja mengenai perkara itu kerana menyedari kemampuan skuad bimbingannya berbanding Lille dan PSG.

“Saya tidak menganggap kejuaraan berpotensi dalam genggaman kami biarpun laluan Monaco sehingga akhir musim lebih mudah tanpa bertemu PSG atau Lille.

“Saya minta maaf kalau kenya­taan saya membosankan, namun kami mahu terus berada dalam perebutan kejuaraan musim ini dan pada masa sama layak ke pentas Eropah,” katanya.

Lyon menamatkan kemarau kemenangan dalam tiga perlawanan selepas menewaskan Angers 3-0 awal pagi semalam hasil dua gol daripada Memphis Depay dan satu menerusi Lucas Paqueta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI