fbpx

Kes baharu hampiri 2,000 lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini sekali lagi merekodkan angka menghampiri 2,000 dengan 1,767 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 363,940 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal mendahului negeri lain dengan 607 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 483 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes.

“Seterusnya, Sabah (117 kes), Kelantan (103 kes), Pulau Pinang (92 kes), Johor (74 kes), Kedah (39 kes), Perak (36 kes), Negeri Sembilan (29 kes), Melaka (17 kes), Pahang (14 kes) dan Terengganu (13 kes).

“Putrajaya pula merekodkan tujuh kes dan Labuan sebanyak tiga kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya lagi, Perlis tidak mencatatkan kes baharu hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI