fbpx

Hidupkan amalan Ramadan mohon pulih daripada Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman.

PUTRAJAYA – Umat Islam di Malaysia seharusnya mengambil kesempatan untuk menghidupkan amalan di bulan Ramadan ini bagi memohon pertolongan kepada Allah S.W.T supaya negara pulih segera daripada pandemik Covid-19.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah berkata, umat Islam di negara ini diajak untuk terus fokus menghidupkan Ramadan dengan meningkatkan amal ibadah kepada Allah S.W.T.

Beliau berkata, Ramadan perlu dijadikan medium penyatuan umat terutama menerusi aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang kembali dilaksanakan di rumah-rumah Allah.

“Sejajar dengan perkembangan semasa kes Covid-19 di Malaysia, maka peluang untuk menghidupkan Ramadan di masjid dan surau dalam suasana norma baharu ini mestilah disambut dengan sebaik-baiknya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, ia bertepatan dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu masjid dan surau diimarahkan mengikut kapasiti yang sebenar.

Luqman berkata, umat Islam juga disarankan untuk menjauhi sebarang bentuk perbuatan ataupun anasir yang boleh mencemarkan kemuliaan Ramadan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI