fbpx

Thailand sudah beri lebih setengah juta dos vaksin Covid-19 kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja kesihatan memberikan vaksin CoronaVac, yang dikembangkan oleh firma Sinovac China, kepada seorang wanita di Bangkok, Thailand. - AFP

BANGKOK – Lebih setengah juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada rakyat Thailand di seluruh negara, kata seorang pegawai kesihatan semalam.

Wakil jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul mengatakan bahawa 1,038,256 dos vaksin telah diedarkan ke hospital dan pusat perubatan di negara ini, lapor akhbar Bangkok Post, hari ini.

Pecahan penerima vaksin terbahagia kepada dua iaitu 952,205 dos adalah vaksin AstraZeneca dan baki 86, 060 merupakan vaksin Sinovac.

Sejak permulaan program vaksinasi negara itu pada 28 Februari hingga 9 April,  sebanyak 537,380 dos diberikan di 77 wilayah Thailand.

Daripada jumlah tersebut, 470,301 telah menerima dos pertama sementara 67,079 yang lain telah mendapat kedua-dua dos vaksin yang ditetapkan.

Sebilangan besar penerima vaksin ialah petugas kesihatan.

Wilayah yang mencatat jumlah penerima vaksin tertinggi adalah Bangkok iaitu seramai 113,367.

Bagaimanapun, angka ini masih mewakili kurang dari 1 peratus populasi ibu kota yang dianggarkan melebihi 10 juta penduduk.

Bagi mencapai status kelompok vaksinasi,  sekitar 70 peratus penduduk perlu mempunyai antibodi terhadap Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI