fbpx

Terkejut jumpa mayat terapung di Pantai Lido

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menutup mayat seorang lelaki yang ditemui mati lemas dan terapung di Pantai Lido, Johor Bahru, Johor malam semalam.

JOHOR BAHRU – Pengunjung yang melepak di Pantai Lido berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki terapung di kawasan rekreasi itu, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu kira-kira pukul 11.30 malam berhubung penemuan mayat yang terapung itu.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat satu mayat lelaki terapung di permukaan air dengan jarak dari pantai kira-kira dua meter.

“Dengan bantuan pihak bomba, mayat tersebut dibawa naik ke darat dan penolong pegawai perubatan di tempat kejadian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tempat kejadian merupakan laut yang telah ditambak di jalan Johor Bahru menghala ke Skudai berhadapan dengan HSA.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HSA untuk dibedah siasat setelah isteri mangsa mengesahkan identiti mangsa yang berusia 44 tahun itu.

“Siasatan awal di tempat kejadian tiada menampakkan sebarang unsur jenayah yang berlaku. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Abdul Jamal berkata identiti lelaki yang lemas dikenali sebagai Rasidi Ramli.

“Seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi bagi membantu menaikkan mayat mangsa ke darat,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI