fbpx

SIC pastikan tiada penganjuran aktiviti litar langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musc Drag Racing selaku dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar SOP.

SEPANG – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan memastikan tiada lagi penganjuran aktiviti permotoran di litar terbabit yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhan Shafriman Hanif berkata, SIC sebagai penyedia litar ‘track provider’ telah mengeluarkan SOP untuk penganjuran sukan permotoran tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada penganjur dan penonton.

Katanya, Musc Drag Racing merupakan penganjur sukan drag yang telah menyewa litar SIC dan jadi tanggungajwab mereka memastikan pengunjung, peserta dan pasukan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

“Bagaimanapun mereka telah gagal mematuhi peraturan ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.

“Mereka telah dikenakan kompaun oleh pihak polis,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azhan Shafriman berkata, SIC akan memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

“Keselamatan dan kesejahteraan semua pihak menjadi keutamaan SIC,” jelasnya.

Terdahulu, Musc Drag Racing selaku dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar SOP ketika menganjurkan aktiviti tersebut di SIC malam semalam.

Penganjuran tersebut merupakan aktiviti pertama yang dibenarkan dengan kehadiran 2,000 penonton ke Sepang, namun pihak penganjur dilihat gagal mematuhi SOP dengan baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI