fbpx

Dua penjenayah berjaya dicekup selepas kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Aksi kejar mengejar antara polis dan penjenayah berakhir dengan kemalangan apabila kereta dinaiki penjenayah terbabas di Prima Saujana, Kajang di sini, awal pagi tadi.

Ekoran kejadian itu, dua penjenayah yang berusia 25 dan 35 tahun yang berada dalam kereta berkenaan berjaya diberkas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) memaklumkan sedang mengejar suspek kira-kira pukul 4.30 pagi.

“MPV mengejar kereta suspek bermula dari Dataran C180, Balakong hingga ke Bandar Mahkota Cheras sebelum mereka meminta bantuan MPV lain.

“Kereta berkenaan mula dikejar dari kawasan Kajang Perdana sehingga ke Prima Saujana dengan bantuan lima MPV,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua suspek itu berjaya ditahan selepas kenderaan mereka terbabas di kawasan terbabit.

“Justeru itu, polis merampas kereta berkenaan dan beberapa peralatan lain yang disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah.

“Semakan mendapati suspek pertama mempunyai empat rekod berkaitan dadah serta sembilan rekod jenayah, manakala suspek kedua mempunyai enam rekod berkaitan dadah dan enam rekod jenayah,” ujarnya.

Katanya lagi, kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sallena Mhd. Sallehudin di talian 017-6424007 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI