fbpx

MPOB tumpu empat bidang penyelidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memberi tumpuan terhadap empat bidang penyelidikan dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti industri sawit. 

Ketua Pengarahnya, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, empat bidang tersebut adalah peningkatan prestasi hasil, pembangunan mampan, mekanisasi dan automasi serta keselamatan makanan dan nutrisi. 

Menurut beliau, walaupun pengeluaran minyak sawit meningkat, namun pencapaian purata pengeluaran hasil sawit adalah mendatar berbanding tanaman minyak sayuran lain.

“Sudah tiba masanya kita menggunakan inovasi terkini bioteknologi bagi biak baka dan baka klon sawit yang berupaya mengeluarkan hasil lebih tinggi dan berdaya tahan terhadap penyakit, kualiti minyak yang tinggi dan tahan terhadap perubahan iklim. 

“Kita perlu menerapkan amalan agronomi terbaik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Mini Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) 2021 di sini semalam.

PAC yang terdiri daripada saintis dan pakar terkemuka dalam industri sawit dari dalam dan luar Malaysia mengutamakan dan meningkatkan pencapaian penyelidikan sawit.

Katanya, ahli PAC dengan kepakaran dan pengetahuan luas mengenai minyak serta lemak akan melihat secara terperinci mengenai projek penyelidikan dan isu strategik seperti pembangunan mampan dan mencari penyelesaian praktikal untuk mengurangkan jurang perbezaan antara industri dan pengkritik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI