fbpx

7.8 tan majerin Ireland dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majerin dari Ireland yang dirampas Maqis Selangor

KLANG – Tindakan sebuah rangkaian pasar raya terkemuka membawa masuk 7.8 tan produk marjerin menggunakan dokumen mengelirukan gagal selepas dirampas di Pelabuhan Utara di sini, kelmarin.

Produk keseluruhan bernilai RM 116,211.73 dirampas menerusi rutin pemeriksaan pukul 10 pagi
oleh Jabatan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor.

Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, siasatan mendapati produk tersebut tiba di pelabuhan tersebut sejak 28 Mac lalu daripada Ireland untuk pasaran tempatan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat keraguan pada dokumen itu apabila mengemukakan berat dagangan tidak sama dengan jumlah berat yang dibawa masuk ke pelabuhan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri menegaskan, pihaknya sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang
dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI