fbpx

Serbu pusat hiburan jumpa syabu, ketamin bernilai RM12,166

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang diberkas dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Sagu 18, Taman Daya, Johor Bahru, Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Keseronokan 29 individu berpesta lalok di sebuah premis hiburan terbantut apabila diserbu polis dalam kejadian di Jalan Sagu 18, Taman Daya di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, polis menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua 29 pengunjung termasuk 15 orang warga Vietnam berusia 20 hingga 52 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam pemeriksaan itu, polis turut menahan seorang lelaki Vietnam berusia 24 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis berkenaan.

Jelasnya, lelaki itu ditahan kerana melanggar prosuder operasi standard (SOP) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

“Seramai 14 individu tempatan yang merupakan pengunjung di premis tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakkan sosial ketika berada di dalam permis tersebut.

“Polis turut merampas lapan peket berwarna ungu tertulis Goddess Secret iaitu jus mangga dan 87 biji pil berwarna merah jambu disyaki dadah jenis pil ekstasy serta tujuh peket lutsinar disyaki dadah jenis ketamin bernilai RM12,166.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kesemua pengunjung mendapati tujuh daripada mereka positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya sebuah dekoder, modem WiFi, televisyen, monitor, pemain DVD, mikrofon, pembesar suara dan wang tunai RM1,420.

Mohd. Padzli berkata, seramai empat lelaki dan 11 wanita Vietnam itu akan dibuat semakan rekod pergerakan keluar masuk negara melalui Jabatan Imigresen.

“Semakan status lesen perniagaan dan status lesen hiburan premis tersebut akan dibuat melalui pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB),” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI