fbpx

LHDN fail notis bankrap Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.

Melalui carian dokumen yang diperoleh melalui mahkamah notis kebankrapan tersebut difailkan pada 4 Februari lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan kebankrapan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kebankrapan di sini, Ida Rahayu Sharif pada 5 Mei ini.

Menurut notis tersebut, Najib mempunyai tempoh tujuh hari untuk membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Difahamkan salinan notis itu diterima Najib semalam.

Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.

Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terlibat tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI