fbpx

Tak pernah minta apa-apa, Nadzmi hadiahkan Ardell Toyota Alphard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadzmi bersama Ardell dan Arwa.

PETALING JAYA – Bersempena sambutan ulang tahun isteri kesayangan, pelakon Nadzmi Adhwa membuat kejutan dengan menghadiahkan Ardell Aryana sebuah kereta mewah berjenama Toyota Alphard.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 29, menyatakan isterinya tidak pernah meminta diberikan hadiah atau apa-apa barangan mewah sebelum ini.

“Dia tak pernah sekali pun minta apa-apa daripada saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada.

“Dialah pembakar semangat saya. Awak tak pernah mintak saya apa-apa. Awak hanya suka kedai dua ringgit je. Saya nak kena bagi sesuatu dekat awak. Saya tak tahu awak suka atau tidak.

“Maaf sebab sambut ulang tahun awak awal sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat pada 13 April,” tulisnya.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti itu.

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa yang dilahirkan pada 5 Jun 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI