fbpx

Tiada alasan tangguh undi 18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) negeri, Ahmad Zarul Afiq Arifudin (tengah) bersama wakil pemimpin muda meminta kerajaan negeri memberikan pendirian mengenai penangguhan Undi 18 di sini,hari ini.

KUANTAN – Kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk menangguhkan pelaksanaan Rang Undang-undang Undi 18 (RUU Undi18) kerana ia sudah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dua tahun lalu.

Timbalan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pahang, Ahmad Zarul Afiq Arifudin berkata, keputusan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penangguhan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 pada 25 Mac lalu memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak berani berdepan suara anak muda dalam menentukan landskap politik negara.

Sehubungan itu beliau meminta kerajaan Pahang menyatakan pendirian secara jelas mengenai keputusan SPR menangguhkan Undi18.

“Kita hendak tahu sama ada kerajaan Pahang menyokong atau membantah pengumuman SPR ini dan alasan pihak kerajaan negeri terhadap keputusan (pendirian) itu.

“Begitu juga dengan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri pada November lalu berkaitan usul melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan (tanpa proses pilihan raya), kita (Sekretariat Gerak Undi18 Pahang),” katanya di sini tadi.

Katanya, kerajaan Pahang juga diharap dapat mempertimbangkan memilih belia sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan Undi18. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI