fbpx

Tak menang tangan jual benih Musang King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri menyediakan benih durian Musang King yang ditempah pelanggan di ladang Zamri Agro Farm di Raub baru-baru ini.

RAUB – Penanaman durian Musang King yang bukan sahaja mempunyai rasa enak tetapi bernilai tinggi menjadi yang menjadi sumber kekayaan menjadi satu feno­mena baharu yang menarik minat seluruh rakyat di negara ini.

Pemilik Zamri Agro Farm, Zamri Othman berkata, selain permintaan buah durian Musang King yang tinggi, jualan benih durian klon di ladangnya juga tidak mencukupi kerana mendapat permintaan daripada seluruh negara.

“Sebenarnya permintaan be­nih durian Musang King tidak pernah cukup dan saya sentiasa menerima tempahan malah sehingga kini lebih 400,000 pokok benih durian klon itu telah terjual.

“Bukan sahaja permintaan tinggi di Semenanjung tetapi juga di Sabah yang mana sehingga kini sebanyak 40,000 pokok benih Musang King telah dijual di ne­geri di bawah bayu itu,” katanya di sini semalam.

Menurut Zamri, pada masa ini dia bukan sahaja menjual benih klon Musang King dan Duri Hitam yang berkualiti malah tidak menang tangan menyediakan perkhidmatan penanaman durian Musang King.

Katanya, dia juga turut terlibat dalam beberapa perkhidmatan menyediakan penanaman dan pengairan serta khidmat nasihat untuk projek ladang Musang King di seluruh negara termasuk Sabah.

Dalam pada itu, mengulas mengenai benih durian Musang King beliau memberitahu, terdapat dua kaedah yang dlakukannya iaitu melalui cantuman baji dan juga cantuman tunas.

Katanya, setiap benih durian Musang King dan Duri Hitam di ladangnya itu dijual dengan harga antara RM17 sehingga RM60 bergantung kepada saiz pokok.

“Dalam proses penanaman Durian Musang King apa yang pen­ting adalah sumber air, baja dan cahaya bagi membolehkan pokok durian itu tumbuh dengan subur.

“Tidaklah susah untuk menjaga durian Musang King kerana ia juga seperti manusia memerlukan makanan, minuman dan cahaya. Jadi cahaya percuma cuma perlu memastikan bekalan air dan pembajaan yang betul,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI