fbpx

Kim Seon-ho jadi penganggur kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

SELEPAS menempa populariti luar biasa menerusi drama fenomena Start Up, aktor popular Kim Seon-ho disahkan bakal menerajui sebuah drama terbaharu tidak lama lagi.

Drama berkenaan diberi judul The Seashore Village Cha Cha Cha.

Menariknya, menerusi naskhah tersebut, Seon-ho membawakan watak seorang penganggur, namun sangat terkenal kerana bakatnya yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Meskipun memiliki pendidikan dan latar belakang dalam bidang perisian komputer, dia lebih banyak menghabiskan masa membantu penduduk kampung di tempatnya bekerja.

“Lebih menarik, aktres Shin Min-ah disahkan akan menjadi pasangan kepada Kim Seon-ho dalam drama komedi romantik tersebut.

“Dia akan mendukung watak sebagai seorang doktor gigi yang berpindah dari bandar ke sebuah perkampungan dek satu kesilapan lampau yang pernah dilakukannya,” tulis sumber produksi.

Difahamkan, drama tersebut akan memulakan proses penggambaran tidak lama lagi. Laporan juga menyebut drama berkenaan akan ditayangkan pada bulan Jun depan menerusi saluran tvN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI