fbpx

Kerajaan PN ada hala tuju 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed semasa berucap pada Program Jelajah Malaysia Prihatin Taklimat Isu Semasa Pengurusan Pandemik Covid -19 di Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa Kota Bharu hari ini. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyangkal dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tiada hala tuju.

Mustapa berkata, meskipun tidak mempunyai manifesto, hala tuju PN yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Katanya, rancangan-rancangan tersebut sudah disusun mengikut keutamaan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

“Bagi jangka pendek, sudah pasti belanjawan merupakan perancangan penting yang sudah diumumkan pada 6 November lalu dan menerusinya turut diumumkan pakej rangsangan bagi membantu rakyat berjumlah RM325 bilion.

“Dalam jangka sederhana, kita ada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Walaupun belum dibentangkan lagi di Parlimen, namun kita ada beberapa elemen untuk memulihkan ekonomi serta bantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Malaysia Prihatin Taklimat Isu Semasa – Pengurusan Pandemik COVID-19 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI