fbpx

Jentera Morbidelli meragam lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI berdepan masalah enjin pada kedua-dua jenteranya ketika sesi FP1, namun ia tidak terlalu serius. – AFP

DOHA – Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) berdepan situasi getir pada sesi latihan bebas pertama sai­ngan Grand Prix (GP) Doha malam kelmarin selepas dua jentera pelumbanya, Franco Morbidelli meng­hadapi masalah enjin.

Insiden tersebut mengulangi masalah yang menimpa Morbidelli tahun lalu di Jerez hingga menyebabkannya gagal mena­mat­kan saingan dan terpaksa menggunakan enjin terakhir.

Bagaimanapun, Morbidelli me­ngakui dia bernasib baik apabila enjin Yamaha tidak mengalami kerosakan terlalu serius dan tidak memerlukannya menggunakan enjin ketiga pada sesi latihan tersebut.

“Saya mengalami masalah pada kedua-dua jentera ketika sesi latihan pertama (FP1) tetapi kami bernasib baik kerana ia bukan masalah terlalu besar.

“Kami membuat keputusan untuk menukar satu enjin pada sesi malam, namun tiada enjin yang diklasifikasikan rosak total malah kami masih boleh menggunakannnya.

“Saya yakin ia bukan masalah utama kerana mekanik sudah memberi tahu saya keadaan sebenar. Saya tidak rasa masalah sama seperti di Jerez kerana tahun lalu enjin tersebut rosak sepenuh­nya,” katanya.

Pada sesi latihan ke­dua, Morbidelli mula mempamerkan aksi cukup baik apabila menamatkan sesi tersebut di kedudukan ketujuh terpantas.

“Di sebelah malam saya mula mendapatkan keseimba­ngan pa­da jentera dan saya harap mampu lakukan lebih baik pada perlumbaan sebenar nanti,” tambah Morbidelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI