fbpx

Keputusan kuota jemaah haji sebelum Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua kiri) diiringi Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Brahim’s Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad (kanan) menyerahkan sumbangan kurma ajwa kepada Pegawai Tadbir Agama, Muhammad Jalani Ahmad (dua kanan) pada di Masjid Mahmmoodiah Presint 18 di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jumlah sebenar kuota bakal jemaah haji Malaysia dijangka dapat dimuktamad dalam pertemuan susulan dengan kerajaan Arab Saudi di Riyadh sebelum Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, beliau akan menerima angka sebenar yang ditetapkan ketika berkunjung ke negara itu pada 9 April ini.

“Berkenaan isu kuota (bakal jemaah haji Malaysia pada musim ini), perkara itu kita hanya akan tunggu keputusan rasmi terus daripada pihak sebelah sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kurma Ajwa dan Air Mineral dari Kumpulan Brahim’s Dewina di Masjid Mahmoodiah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pertemuan itu lebih kepada memperincikan segala isu berkait dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan menteri di sana.

“Saya berharap perjumpaan itu dapat menoktahkan kejayaan dalam memorandum yang telah dibuat dan hubungan dua negara lebih mesra serta kukuh demi kemajuan ummah,” katanya.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan sudah memeterai beberapa memorandum persefahaman dengan negara itu.

Antaranya proses praperlepasan jemaah haji dan umrah dari Malaysia seperti dilaksanakan pada musim haji 2019 di tanah air tanpa perlu lagi melalui pemeriksaan ketat di Arab Saudi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI