fbpx
Anggota keselamatan sedang melakukan rondaan di perairan Sabah. -Gambar hiasan

Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 15 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINBALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 15 April depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkurung berkenaan membabitkan perairan Sandakan, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Tawau, Semporna dan Beluran.

Katanya, semua penduduk yang tinggal di kawasan itu dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang sehingga 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan sebagai langkah memastikan kawasan perairan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Selain itu, maklumat juga mendedahkan terdapat kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) selain kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan yang lain,” katanya.

Tambah Hazani, perintah berkurung itu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Selain itu katanya, ia akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.-K! ONLINE

POPULAR