fbpx

MTC, MFC dan MWMJC hasilkan video patuhi SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Majlis Perabot Malaysia (MFC) dan Majlis Kayu Kumai dan Tanggam Malaysia (MWMJC) menghasilkan video berkaitan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan virus Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili dalam satu kenyataan berkata, video berdurasi 3.53 minit itu memaparkan keperluan menggunakan pelitup muka, mencuci tangan, melaksanakan proses sanitasi dan memastikan penjarakan fizikal bagi pekerja kilang dalam sektor kayu serta perabot

“Video berkenaan dihasilkan dalam Bahasa Malaysia dengan sarikata Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Bengali, Nepali dan Burma bagi memudahkan pekerja asing memahami SOP tersebut.

“Kita boleh memenangi perang melawan wabak Covid-19 ini dengan bersatu. Ungkapan ‘Kita Jaga Kita’ bukanlah sesuatu yang hanya diterap dalam kehidupan peribadi tetapi juga dalam perniagaan kita,” katanya.

Industri kayu-kayan merupakan sektor ketiga terbesar dalam industri komoditi selepas minyak sawit dan getah dengan nilai eksport sebanyak RM22.02 bilion pada tahun 2020 yang mewakili kira-kira 14 peratus daripada sumbangan komoditi dalam pendapatan negara.

Industri kayu-kayan dan perabot telah berjaya menangani pandemik Covid-19 dengan sumber yang terhad. Pengusaha kilang kayu-kayan dan perabot telah mengambil tindakan proaktif bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengelak dari sebarang kejadian tidak diingini. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI