fbpx

Nelayan Vietnam terapung lima hari ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang nelayan Vietnam ditemui selamat selepas bot yang dinaiki karam berhampiran Pulau Nam Du lima, hari lalu. / FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA

PASIR PUTEH – Seorang nelayan warga Vietnam ditemui dalam keadaan selamat selepas bot yang dinaiki karam berhampiran Pulau Nam Du, Vietnam lima hari yang lalu.

Sepanjang tempoh itu, mangsa yang berusia 41 tahun hanya berpaut pada pelampung pukat tanpa seurat benang sebelum diselamatkan oleh kru kapal sekitar pukul 11.30 pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mangsa ditemui kira-kira 107. 2 batu nautika dari kuala Tok Bali di sini iaitu sejauh 147 batu nautika dari pulau lokasi bot karam.

Katanya, Maritim Malaysia menerima laporan mengenai penemuan mangsa daripada Kapal Express 93 sebelum berjaya menemui lelaki itu pada pukul 2.20 petang.

“Anak kapal itu telah menyelamatkan mangsa sebelum menghubungi pihak Maritim.

“Siasatan awal mendapati, mangsa bekerja sebagai nelayan di atas sebuah bot bersama lima orang awak-awak termasuk seorang tekong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bot yang dinaiki mangsa dipercayai karam sebelum dihanyutkan ke lokasi dia ditemui.

Katanya, mangsa telah dibawa ke Jeti Tok Bali Supply Base (TBSB) pada pukul 9.30 pagi tadi.

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa mengalami hypothermia iaitu suhu badan sejuk, sedikit kekejangan dan kesukaran bernafas.

“Mangsa juga telah dihantar ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku di sini untuk menjalani saringan Covid-19 dan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Bagaimanapun, nasib rakan-rakannya lain yang turut karam dalam kejadian itu masih belum diketahui. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI