fbpx

Sentuhan Zlatan bantu Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZLATAN (tengah) menjadi pemain paling tua yang beraksi untuk Sweden sekali gus memadam rekod yang dipegang oleh Ravelli sebelum ini. – AFP

STOCKHOLM – Bintang sensasi AC Milan, Zlatan Ibrahimovic membuktikan Sweden membuat keputusan tepat kembali menyenaraikan namanya untuk menghadapi tiga aksi kelayakan Piala Dunia 2022 biarpun pernah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa.

Kepulangan Zlatan menyarung jersi Sweden berakhir dengan penuh bergaya apabila penyerang veteran berusia 40 tahun itu berjaya memainkan peranannya yang tersendiri dalam kemena­ngan 1-0 ke atas Georgia di Friends Arena awal pagi semalam.

Selain mencipta gerakan ja­ringan buat Viktor Claesson pada minit ke-35, Zlatan turut me­madam rekod pemain paling tua Sweden beraksi di pentas antarabangsa yang sebelum ini dipegang penjaga gol, Thomas Ravelli pada usia 38 tahun 59 hari.

Bagaimanapun, hasrat Zlatan untuk menambah koleksi jari­ng­an antarabangsanya yang ke-63 tidak menjadi kenyataan apabila dia digantikan Robin Quaison pada minit ke-84.

“Adrenalin saya membuak-buak dalam perlawanan ini. Pe­rasaan ini sama seperti ketika kali pertama saya turun bermain aksi antarabangsa bersama Sweden,” kata Zlatan.

Begitupun, ketua jurulatih Sweden, Janne Andersson tidak gembira dengan kemenangan itu kerana menyifatkan mereka bergelut untuk mengutip tiga mata ke atas negara yang menghuni ranking ke-89 dunia.

“Kami menang tetapi langsung tidak agresif. Persembahan ini jauh di bawah tahap sebenar kami. Namun, inilah bola sepak kerana kadang-kadang prestasi sebegini masih mampu memberikan tiga mata kepada kami,” jelasnya.

Begitupun, Zlatan dijangka mampu meledak gol buat Sweden ketika bertemu Estonia dalam aksi seterusnya dua hari kemudian sebelum mereka dijadualkan menentang lawan sebenar, Sepanyol pada 31 Mac ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI