fbpx

Kerjasama antara parti di negeri-negeri akan ditentukan Pas Pusat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim melakukan gimik gotong-royong dengan menanam pokok pada Program "Jom Turun Sungai bagi Menghargai Air" sempena sambutan Hari Air Sedunia peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Sungai Langat, Bangi di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG – “Parti lain mana boleh beri kata dua bagi parti lain,” kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung kenyataan UMNO Kelantan yang mahu Pas membuat keputusan sama ada mahu memilih parti itu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Tuan Ibrahim berkata, sebarang keputusan mengenai hala tuju dan kerjasama parti di mana-mana negeri termasuk Kelantan hanya akan ditentukan oleh Pas Pusat.

“Kita akan bincang di peringkat pusat, kerjasama parti-parti ini pusat yang buat keputusan bukan peringkat negeri.

“Lagipun, kita (UMNO dan Pas) ada Majlis Perundingan Muafakat Nasional. Tiada isu pun,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Program Denai Sungai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Kampung Jenderam Hulu, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga menjelaskan bahawa setiap parti politik mempunyai autonomi masing-masing dan hak itu perlu dihargai oleh setiap parti politik.

Ditanya mengenai hubungan Pas bersama UMNO dan Bersatu di Kelantan, Tuan Ibrahim berkata, setakat ini, hubungan itu sangat baik.

“Sangat baik, tiada isu pun,” katanya ringkas.

Sebelum ini, 12 UMNO bahagian di Kelantan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu terutama pada PRU-15 nanti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI