fbpx

Scammer pautan Public Bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Yazid

SHAH ALAM – Polis Selangor mendedahkan wujud sindiket penipuan melibatkan pautan daripada Public Bank.

Kejadian tersebut berlaku selang dua hari bermula 21 Mac lalu dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM33,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, salah seorang mangsa adalah seorang pekerja swasta berusia 51 tahun yang kerugian RM17,000.

Katanya, mangsa yang merupakan seorang wanita menerima pautan pukul 7.20 malam kelmarin menerusi pesanan ringkas menyatakan akaun Public Bank miliknya berisiko tinggi untuk terdedah kepada pihak ketiga.

Wanita itu kemudian bertindak menekan pautan diberikan iaitu https://pbebankonline.com dan telah mengikut arahan dalam pautan tersebut.

“Mangsa telah memasukkan data peribadi, maklumat perbankan atas talian berserta kata laluan yang diminta.

“Setelah mangsa membuat semakan terhadap akaun miliknya, dia mendapati wang sejumlah RM17,000 lesap sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menekan pautan bank berkenaan kerana dipercayai ia merupakan taktik baru digunakan oleh pihak scammer untuk menipu mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI