fbpx

Rasuah pegawai PGA RM50, peniaga didenda RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Shafie Mohammad (tengah) didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi rasuah wang tunai RM50 kepada pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di tepi Sungai Golok pada Jumaat lalu.

KOTA BHARU – Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah wang tunai RM50 kepada pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di tepi Sungai Golok pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Shafie Mohammad, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor selepas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai sebanyak RM50 kepada pegawai PGA Batalion 7 Kem Galing, Kuantan, Pahang untuk melepaskannya yang ditahan kerana cuba menyeludup minyak diesel ke negara jiran.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di tepi Sungai Golok dekat Kampung Tualang, Tumpat kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 19 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda itu.

Tertuduh membayar jumlah denda yang ditetapkan oleh mahkamah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI