fbpx

Solskjaer beri alasan pemain United letih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED gagal meneruskan kemaraan pada saingan Piala FA selepas tewas kepada Leicester 1-3 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LEICESTER – Manchester Uni­ted terpaksa melupakan trofi Piala FA musim ini apabila tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas 1-3 kepada Leicester City di Stadium King Power awal pagi semalam.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer percaya kekalahan itu mungkin disebabkan pemain-pemainnya masih keletihan selepas beraksi dalam saingan Liga Europa minggu lalu.

Selain itu, masalah kecede­raan turut menjadi faktor kekalahan tersebut, namun beliau tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan utama.

“Sudah tentu kami kecewa kerana tersingkir daripada Piala FA. Kami gagal untuk bermain seperti biasa kerana semua
pemain mengharungi jadual padat sebelum ini selain ada yang belum pulih daripada kecede­raan.

“Kami melepaskan gol yang mudah kepada mereka dan kami tidak sepatutnya bermain seperti itu apabila menentang Leicester. Selain itu, kami juga sedikit tumpul pada bahagian serangan,” kata Solskjaer.

Sementara itu, beliau juga berharap pemain-pemainnya mampu berdepan isu kecede­raan yang dialami The Red Devils bagi memastikan mereka tidak tergelincir daripada landasan sebenar.

“Saya sedang membina sebuah pasukan yang mampu berdepan isu ini (kecederaan). Semua pemain perlu biasakan diri dengan keadaan ini kerana ia mampu membantu mereka untuk kekal tenang,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI