fbpx

25 tan kurma dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kurma dari Arab Saudi yang dirampas Maqis Selangor

KLANG – Cubaan sebuan syarikat pembekalan makanan membawa masuk 25 tan kurma dari Arab Saudi dipercayai untuk stok menjelang Ramadan bulan depan gagal selepas dirampas di Pelabuhan Klang Barat di sini, kelmarin.

Pengesanan penyeludupan kurma yang tidak mematuhi syarat permit import dilakukan pukul 11 pagi hasil rutin pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ( Maqis ) Selangor.

Pemangku Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, siasatan mendapati keseluruhan stok kurma itu tiba di pelabuhan berkenaan sejak 18 Mac lalu dari Arab Saudi.

Katanya, stok- stok itu dipercayai untuk bekalan pasaran tempatan kepada masyarakat negara ini yang bakal menjalani ibadah puasa bulan depan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 25 tan kurma itu tidak mematuhi syarat pada permit import Maqis iaitu Sijil Perakuan 3P meliputi penggredan, pembungkusan dan pelabelan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM141,229.44,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kelestarian makanan negara.

Sehubungan itu, Zamri menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI