fbpx

Warga emas pandu kereta masuk laluan motosikal disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan tindakan sebuah kereta dipandu lelaki warga emas memasuki laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Batu 11, Lebuh Raya Grand Saga menghala ke arah Kuala Lumpur semalam.

KAJANG – Polis mengesahkan telah mengeluarkan saman ke atas seorang lelaki warga emas yang memandu kereta di laluan motosikal dalam satu kejadian di Plaza Tol Batu 11 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian pukul 10.55 pagi itu melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari arah Balakong.

“Apabila sampai di Plaza Tol Batu 11, lelaki tersebut telah tersilap masuk ke laluan motosikal di Lebuh Raya Grand Saga di mana laluan itu tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan selain motosikal.

“Pihak kami telah berjaya mengesan lelaki tersebut di rumahnya dan hasil siasatan bersama waris lelaki itu mendapati dia adalah seorang warga emas yang tidak beberapa sihat dan mengakui tersilap memasuki lorong motosikal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, siasatan polis mengesahkan bahawa kes tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan dan tindakan saman telah dikeluarkan kepada pemandu warga emas itu.

“Tindakan saman dikeluarkan kepada pemandu tersebut di bawah kesalahan Seksyen 79(2) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas,” tegas beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang tindakan seorang pemandu sebuah kereta memandu di laluan motosikal di lebuh raya yang mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook, kelihatan sebuah kereta jenis Mercedes Benz telah menggunakan laluan motosikal berhampiran plaza tol tersebut. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI