fbpx

Kakitangan Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan kedutaan Korea Utara di Kedutaan Korea Utara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur mula tinggalkan kediaman mereka pagi tadi dan dijangka bertolak ke Korea Utara petang nanti.

KUALA LUMPUR – Seramai 30 kakitangan Kedutaan Korea Utara termasuk ahli keluarga mereka dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negara tersebut kira-kira pukul 4.10 petang hari ini.

Ketibaan mereka ke KLIA kira-kira pukul 11.44 pagi tadi dikawal rapi oleh pihak berkuasa, dengan bas digunakan tersebut terlebih dahulu dilihat mengambil kakitangan berkenaan di Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Damansara pada pukul 9.15 pagi.

Semua kakitangan kedutaan termasuklah ahli keluarga mereka diberikan tempoh 48 jam pada Jumaat lalu untuk meninggalkan negara susulan tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Korea Utara, tindakan itu diambil selepas kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat (AS).

Warganegara tersebut, Mun Chol Myong gagal dalam rayuan terakhir di mahkamah tertinggi negara untuk menentang perintah ekstradisi ke AS bagi berdepan dakwaan pengubahan wang haram.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI