fbpx

Chelsea manfaat aksi tempat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYECH meledak satu gol ketika membantu Chelsea menewaskan Atletico 2-0 awal pagi semalam sekali gus layak ke suku akhir dengan agregat 3-0. – AFP

ONDON – Chelsea memastikan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan pendahulu La Liga, Atletico Madrid menerusi kemenangan agregat 3-0.

Pada aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik yang berlangsung di Stamford Bridge awal pagi semalam, The Blues mencatat kemenangan 2-0 menerusi jari­ngan Hakim Ziyech dan Emerson Palmieri.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menga­kui gembira de­ngan aksi
yang ditam­pilkan bari­san pemainnya pa­da perlawanan, sekali gus mara ke su­ku akhir buat kali pertama sejak 2014.

“Prestasi yang sangat bagus dan saya fikir kami layak untuk menang dan mara ke peringkat seterusnya. Semua pemain sudah berikan segala-galanya pada perlawanan ini.

“Saya juga gembira untuk lihat benteng pertahanan bertahan dengan sangat baik. Kami sentiasa menyesuaikan diri dengan setiap sistem pasukan lawan,” kata Tuchel.

Sementara itu, beliau memuji peranan yang dimainkan pemain terbaik perlawanan, N’Golo Kante apabila sentiasa bekerja keras memenangi bola daripada pasukan lawan.

“Apabila anda bermain de­ngan N’Golo (Kante), beban akan berkurang kerana dia menggalas tanggungjawab besar. Saya gembira untuk memiliki Kante dalam pa­sukan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI