fbpx

Pesara guru dituduh cederakan kucing dengan besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cosmos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pesara guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor kucing betina menggunakan sebatang besi pada November lalu.

Tertuduh, Cosmos Chong Say Hun, 79, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, Cosmos didakwa secara tidak munasabah membaling sebatang besi tajam sepanjang 3.5 kaki hingga menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing betina baka tempatan berwarna putih tompok hitam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di halaman rumah bernombor 16, Lengkok Tembaga, Island Park di sini kira-kira pukul 6.40 petang pada 15 November lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang jika sabit kesalahan boleh didenda di antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar negeri, Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh diwakili peguam, Simon Murali.

Tertuduh dibebaskan tanpa dikenakan wang jaminan manakala tarikh sebutan semula ditetapkan pada 19 April ini.

Kucing yang didakwa dicederakan oleh warga emas berkenaan turut dibawa ke mahkamah hari ini dan difahamkan kucing yang diberi nama Baby itu kini lumpuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI