fbpx

Terawih sempena Ramadan antara yang dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi ketetapan baharu solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk pada bulan Ramadan di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, menerusi ketetapan baharu itu, solat sunat terawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter selain dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan bacaan surah-surah pendek.

“Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat terawih dan tadarus al-Quran boleh dilaksanakan dengan jumlah peserta separuh atau 50 peratus daripada kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter serta qiamullail boleh dilaksanakan 30 minit sebelum waktu imsak.

“Selain itu, pembayaran zakat fitrah secara manual atau pembayaran terus kepada amil dibenarkan di samping pembayaran secara dalam talian atau kaedah yang ditetapkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Ajib berkata, Jawi turut menetapkan jamuan berbuka puasa atau iftar tidak dibenarkan tetapi Jawatankuasa Kariah digalakkan memberikan sumbangan berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan dan barisan hadapan secara berbungkus serta dihantar terus kepada penerima.

Jelasnya lagi, aktiviti moreh juga tidak dibenarkan tetapi Jawatankuasa Kariah boleh menyediakan makanan secara berbungkus selepas tarawih untuk dibawa pulang oleh jemaah.

Sementara itu, Mohd. Ajib berkata, bilangan jemaah bagi solat Jumaat diperluaskan ke semua ruang yang sesuai di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberi kebenaran khas.

Beliau berkata, kebenaran itu adalah termasuk solat Jumaat di kawasan berkhemah dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Bagi solat fardu pula, bilangan jemaah bagi solat fardu adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Selain itu, semua masjid dan surau di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan mengadakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan sebagainya dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI