fbpx

Shieko Cosmetics mahu lengkapi produk kecantikan di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Adat berniaga, ada turun naik graf kehidupan meskipun usahawan itu pernah bergelar jutawan dalam bidang perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) sebelum ini.

Kejayaan tidak terus mendampingi pengasas syarikat Rich Eighty Eight, Shielawatie Ahmad apabila premis perniagaannya pernah dia­rahkan tutup oleh pihak berkuasa pada tahun 2018 kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Nekad untuk meneruskan ke­langsungan hidupnya, usahawan ini meneroka bidang pengelua­ran produk kecantikan berjenama Shieko Cosmetics dan menggunakan pengalaman dan rangkaian yang kukuh untuk kembali bangkit berniaga.

Disokong oleh pemasaran secara online, syarikat tersebut kini memiliki lebih 300 pengedar dan bercadang untuk menambah bilangan tersebut dalam usaha me­ningkatkan perolehan jualan produk.

“Shieko Cosmetics akan melengkapkan segmen produknya secara berperingkat-peringkat dan ia disasarkan kepada semua peringkat umur yang sukakan kecantikan.

“Buat masa ini, syarikat telah mengeluarkan matte bibir edisi terhad untuk hari raya dan tidak lama lagi akan memperkenalkan bedak kompak dan maskara,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Shielawatie menjelaskan, sya­rikat juga bercadang untuk me­lancarkan minuman kopi kesihatan untuk lelaki dan wanita tidak lama lagi.

Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan pelanggan ekoran pandemik Covid-19 yang telah menambah pengetahuan masyarakat untuk mengambil suplimen untuk kesihatan diri.

POPULAR