fbpx

Penganggur didakwa muat naik video cemar imej polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik video di media sosial Facebook yang mencemarkan imej dan kredibiliti dua pegawai polis awal bulan Februari lalu. - Foto oleh MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE

SEREMBAN – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik video di Facebook yang mencemarkan imej dan kredibiliti dua pegawai polis awal bulan Februari lalu.

Tertuduh, K. Haridas, 40, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Hairullah.

Mengikut pertuduhan, K. Haridas secara sedar telah membuat penghantaran komunikasi di Facebook dengan memuat naik video berdurasi 32 minit 40 saat yang bertajuk ‘Salah laku OCPD dan KBSJD IPD Seremban!’.

Haridas didakwa menggunakan akaun laman profil Facebook ‘Defend People’s Rights Group’  dengan mengeluarkan kata-kata yang mencemarkan dan memburukkan nama baik serta kredibiliti pegawai polis iaitu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Deputi Superintendan Ahmad Jamaluddin dan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 10.33 pagi pada 2 Februari 2021 di sebuah rumah di Taman Pasir Mas, Rantau di Negeri Sembilan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Anak Mawan memohon jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 19 April depan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh sama mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menghalang tugas penjawat awam, tiga tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan enggan memberi kerjasama kepada pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas untuk melakukan pemeriksaan di rumah tertuduh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI