fbpx

MSUMC dipilih sebagai PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas barisan hadapan MSUMC yang menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Pusat Perubatan Management and Science University (MSUMC) dipilih sebagai salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung ketika ini.

Pengasas MSUMC, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara oleh KKM kira-kira sebulan lalu dan terpilih berdasarkan fasiliti dan kemudahan yang terdapat di pusat perubatan tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan memilih MSUMC sebagai salah sebuah PPV di negara ini dan kita akan buat sebaik mungkin untuk membantu kerajaan bagi menjayakan PICK,” katanya selepas membuat pemantauan PPV di MSUMC, Seksyen 13, di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 450 pegawai perubatan MSUMC akan menerima vaksin Covid-19 dalam fasa pertama PICK bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan vaksin di pusat tersebut semasa fasa kedua program terbabit yang dijangka bermula pada bulan hadapan.

“Mereka yang terpilih untuk disuntik vaksin Covid-19 di sini berdasarkan pemilihan yang dibuat aplikasi MySejahtera.

“Kepada yang terpilih, saya harap mereka dapat hadir pada waktu yang telah ditetapkan di dalam aplikasi tersebut untuk memastikan proses vaksinasi dapat berjalan lancar,” katanya.

Mohd. Shukri berkata, PPV di MSUMC dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI