fbpx

3,567 warga asing jalani ujian saringan, 35 positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 35 warga asing didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka adalah sebahagian daripada 3,567 individu yang menjalani ujian itu semalam.

Menurut beliau, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 627,010 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan melibatkan 32,425 majikan.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,807 orang telah disahkan positif Covid-19, manakala 617,203 lagi adalah negatif.

“Sehingga kini, sebanyak 1,529 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini dan seperti yang telah diumumkan, ujian saringan Covid-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI