fbpx

Pengurus syarikat telekomunikasi didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pengurus bahagian sebuah syarikat telekomunikasi yang menerima rasuah RM315,000 bagi membocor maklumat dan nombor pelanggan prabayar akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, esok.

Sumber berkata, kesalahan dilakukan suspek lelaki berusia 50 tahun itu dilakukan sejak 2014 hingga tahun lalu.

Kata sumber tersebut, dia bakal didakwa beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Suspek dikatakan telah menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal kandungan dengan jumlah antara RM800 hingga RM55,000 bagi setiap transaksi.

“Wang tersebut dibayar menerusi cek atau dimasukkan ke akaun bank suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah menahan beberapa individu bagi membantu siasatan kes rasuah kakitangan syarikat telekomunikasi dan sindiket penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sejak November tahun lalu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI